Negara Brazil mempunyai jumlah kes harian yang tertinggi iaitu 40,995 kes pada hari ini dan diikuti dengan negara Amerika Syarikat dan India.
Kadar kesembuhan COVID-19 dunia sudah melebihi 52%. Sebanyak 56 buah negara yang mempunyai jumlah kesembuhan melebihi 90%. Walaupun kedudukan negara Malaysia masih lagi di tangga ke-26 namun, kadar kesembuhan Malaysia pada hari ini naik kepada 96.17% berbanding semalam 95.75%.