Permohonan i-Sinar sudah dibuka. Rujuk cara permohonan dibawah
Permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP Kategori 1
Permohonan pada kali hanya dibuka pada pemohon kategori 1, berikut merupakan ahli yang layak
- Ahli yang sudah lama tidak mencarum
- Suri rumah
- Bekerja sendiri
- Bekerja di sektor ekonomi gig (contohnya pemandu e-hailing)
- Hilang pekerjaan
- Cuti tanpa gaji
- Hilang sumber pendapatan
Panduan Permohonan Kategori 1
Berikut merupakan panduan permohonan. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja.
- Layari portal rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda. Seterusnya, klik Teruskan.
- Isikan Nombor OTP yang dihantar melalui SMS dan Sahkan OTP atau jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan.
- Pilih amaun yang anda inginkan.
- Tetapkan Bayaran Bulanan Pertama dan klik Teruskan.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan klik Teruskan.
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum klik Hantar.
- Permohonan anda berjaya dihantar dan akan diproses
Semakan Status Permohonan
- Semakan status permohonan boleh disemak bermula 4 Januari 2020 nanti.
- Manakala, permohonan kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari.
Sumber : kerjasemasa.com