Bantuan yang dinyatakan disini adalah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR yang mana kini telah melalui proses pembayaran Fasa 3 bermula pada 26 Jun yang lepas.
Kategori Penerima STR 2023
- KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
- RM1,000 hingga RM2,500 bergantung bilangan tanggungan
- KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
- RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan tanggungan
- KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN
- RM350
- WARGA EMAS SEBATANG KARA
- RM600
- UMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH B40
- RM600 akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bagi makanan asas bagi yang layak.
Pembaharuan STR
- Sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak
- Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
Tarikh – Tarikh Bayaran STR 2023
- STR FASA 1 : Bayaran telah selesai disalurkan pada bulan Januari 2023 lepas
- STR FASA 2 : Bayaran telah disalurkan pada April 2023 yang lalu.
- STR FASA 3 : Bayaran telah mula disalurkan pada 26 Jun 2023.
- STR FASA 4 : Bayaran akan disalurkan pada bulan November 2023.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera di bawah.