Bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan (BA) ini telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan Am Persekutuan (BA)
Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan dan merupakan warganegara yang tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.
Bantuan Am Persekutuan ini adalah bertujuan untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti bagi individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah sebanyak;
- Minimum RM100 sebulan seorang
- Maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.
Note : Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Permohonan Masih Dibuka
Untuk makluman pihak tuan puan, permohonan bagi bantuan ini masih dibuka.
Oleh itu, bagi mereka yang berkelayakan dan belum memohon digalakkan untuk membuat permohonan segera pada pautan yang tertera dibawah dan mengikuti langkah permohonan yang dinyatakan.