Program e-Belia atau lebih dikenali sebagai e-Wallet yang merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021, untuk 2 juta belia warganegara Malaysia.
Jumlah Bantuan
Sebelum ini RM 200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM 100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.
Tetapi, kerajaan telah menambahkan Bantuan Khas E-wallet RM 100 secara one-off bermula 2021 kepada RM 150 setiap orang.
Penambahan berikut merupakan kali kedua dilakukan selepas penambahan RM 50 kepada RM 100 pada Januari lalu.
Ini bermaksud jumlah yang bakal diterima ialah
- RM 150
Tarikh Penebusan
Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa penebusan e-belia dibuka bermula :
- 1 Jun 2021
Syarat kelayakannya ialah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.
- DAN Pelajar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
- Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet
Cara Penebusan e-Belia
- Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
- Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas iaitu BOOST, GRAB atau TOUCH N GO
- Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
- Mengisi segala butiran yang diperlukan.
Bolehkah saya memohon i sinar yg ke dua,pkp ni xde yang untuk dibelanjakan
Mohon kwsp i-lestari dan i-sinar dilanjutkan pengeluarannya
Mohon keep i-lestari dlanjutkan pengeluaranya
Ya Allah..kau yg pemberi rezeki,kau lah lantik PM Malaysia kita,kau letak lah hati PM Malaysia kami utk lanjutkan i sinar atau i lestari ya Allah..amin2 yarabill alaminn
Tolong la lanjutkn i sinar,,ni 2 minggu tk boleh kje ni mana nk cari duit nk bayar sewa rumah bagai,,,aduh pening la camni….
i sinar dh x brsinar abis wat byr hutang2 wktu trjejas start pkp prtama.. now pkp ke 3 mikir cmne hidup lps ni, kdai tutup sbulan, gji lak based on komisen. bpr dpt time raya ritu 200 abis byr motor tu pon tunggak lg sebulan. bulan dpn xtaw nk cekau mana duit. susah lah klaw mcm ni trus..