Bantuan yang akan dijelaskan disini adalah difokuskan kepada golongan B40 dan diharapkan dapat membantu rakyat dari segi keperluan dan juga kewangan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Bantuan Sehingga RM250
Untuk pengetahuan anda, Bantuan ini adalah di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR yang disalurkan secara berfasa.
Bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2 telahpun disalurkan dan bantuan yang dinyatakan ini adalah bayaran STR bagi Fasa 3.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori
ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ), PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM300 – RM800 , Mengikut bilangan tanggungan
ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ) , PENDAPATAN RM2500 – RM5000
- RM150 – RM250 , Mengikut bilangan tanggungan
WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
- RM200
BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM150
BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM150
Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 3
Setakat ini yang sedia maklum tarikh bayaran bagi STR Fasa 3 adalah pada bulan Julai 2023 dan Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkam dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera di bawah.