Untuk pengetahuan anda, bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Anak Pelihara (BAP) di bawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Bantuan ini disalurkan dengan tujuan seperti;
- Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
- Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Jumlah Bayaran Bantuan
Kadar bayaran bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi penerima bantuan ini.
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Permohonan Dibuka
Untuk pengetahuan anda, bantuan Anak Pelihara (BAP) ini masih dibuka. oleh itu, kepada sesiapa yang menepati syarat kelayakan digalakkan untuk memohon bantuan ini.
Maklumat Lanjut Permohonan
Anda boleh melayari laman web rasmi JKM yang tertera di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan dan membuat permohonan.