BantuanBantuan JKM

Permohonan Dibuka Bantuan Berjumlah RM350 Sebulan Sekeluarga

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan (BA) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan AM Persekutuan (BA)

Bantuan Am Persekutuan ini adalah bertujuan untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti bagi individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan.

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan dan merupakan warganegara yang tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan ini.

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah sebanyak;

  • Minimum RM100 sebulan seorang
  • Maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Note : Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Permohonan Dibuka

Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan ini telah dibuka.

Oleh itu, bagi mereka yang berkelayakan dan belum memohon digalakkan untuk membuat permohonan segera.

Maklumat Lanjut

Anda boleh melayari laman rasmi yang tertera dibawah untuk mengetahui cara permohonan dan membuat permohonan atau maklumat lanjut yang anda perlukan mengenai bantuan ini.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button