BantuanSTR

Keluarga B40 Akan Terima Bantuan Sehingga RM2,500, Semak Info Penuh Disini

Kerajaan Malaysia telah banyak memperkenalkan bantuan kepada rakyat untuk membantu mereka menjalani hari-hari mereka dan keperluan harian tertamanya yang diberikan perhatian adalah keluarga dalam golongan B40 .

Antara yang dinyatakan disini adalah bantuan untuk keluarga B40 yang berjumlah sehingga RM2,500.

Bantuan Sehingga RM2,500 Untuk Keluarga B40

Bantuan ini akan disalurkan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diberikan secara berfasa dan jumlah bantuan adalah mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Hal ini, diharapkan dapat membantu mereka menjalani kehidupan sehari – hari terutamanya dari segi kewangan mereka.

Bantuan STR ini diberikan berjumlah minimum sebanyak RM1,000 sehingga maksimum RM2,500 setahun kepada isi rumah B40 melalui 4 fasa.

Kategori Penerima Dan Jumlah Bantuan Bagi Keluarga B40

Tiada had umur dan berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • 5 anak ke atas – RM2,500

Pembaharuan STR

  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
  • Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari portal rasmi berikut – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button