Bantuan BPT yang juga dikenali sebagai Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar ini khusus untuk penjaga/keluarga pesakit yang berjumlah RM500 sebulan.
Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga/penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.
Kadar Bantuan
Jumlah yang akan disalurkan bagi bantuan BPT ini adalah sebanyak RM500 sebulan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini;
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.\
Cara Permohonan
Untuk memohon, anda boleh semak dan mengikuti langkah yang terdapat di sini – Cara Permohonan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html atau hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.