Pembayaran pertama i-Citra akan dilaksanakan seawal 2 Ogos 2021. Tarikh tersebut sangat dinanti-nantikan oleh para pemohon. Hal ini kerana, pengeluaran sehingga RM 5,000 mampu membantu kita yang memerlukan pada saat pandemik COVID-19 melanda.
PEMBAYARAN BULAN OGOS i-CITRA
Pembayaran Ogos ini sangat dinantikan oleh para pemohon. Walaupun ramai yang menganggap pembayaran pada bulan Ogos sangat lewat jika diambil kira dengan keperluan rakyat.
Sebagai peringatan, pembayaran i-Citra akan dilaksanakan maksimum sehingga 5 bulan dan RM 5,000 mengikut jumlah simpanan anda pada akaun 1 dan 2.
JADUAL PEMBAYARAN
Daripada semakan yang telah dibuat, pembayaran pertama i-Citra akan dilaksanakan pada
- 2 Ogos 2021 (Isnin)
Untuk pengetahuan pembaca, pembayaran dilaksanakan adalah secara berperingkat sama seperti pembayaran i-Sinar dan i-Lestari lalu.
Terdapat satu informasi yang diterima oleh pihak kami, jika pada semakan status kelulusan
- ‘Bayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada 5 Ogos 2021’ maka pembayaran diawalkan iaitu pada 2 Ogos
- Jika pada 6 Ogos dibayar maka pembayaran dilaksanakan pada 3 Ogos
- Seterusnya, jika 7 Ogos dibayar maka pembayaran dilaksanakan pada 4 Ogos
- Dan begitulah seterusnya.
Kenapa saya punya 9 hari bulan
Sya punya brpe hri bln
Tak mmbantu langsong tetap sama berutang jugak
Aku punye i-citra 9hb xamasuk knp?